JustPaste.it

 

Kisah Benar. Man & Bisnes Internetnya

Man (bukan nama sebenar), merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Beliau hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk menyara kehidupannya di universiti.

Beliau seboleh-bolehnya tidak ingin membebankan keluarganya di kampung, kerana ayahnya baru sahaja pencen, manakala ibunya pula hanya seorang penjual kuih muih berhampiran klinik kesihatan di daerah tempat beliau dilahirkan. Man bukanlah daripada keluarga yang senang.

 

Sebab itulah, dalam hal-hal kewangan ni beliau akan cuba berjimat, walaupun kehendak remajanya ingin berfoya-foya seperti rakan-rakan sebaya dengannya sentiasa datang menggoda. Namun, beliau cekalkan hati untuk menolak kehendak hawa nafsu itu.

Man merupakan anak bongsu dalam keluarga, tetapi beliau tidak pernah menganggap ia sebagai suatu kelebihan buat dirinya untuk lupa diri. Beliau sedar, adik beradik yang lain juga mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jadi, beliau cuba hidup berdikari.

Bermula daripada situlah, beliau mencuba nasib dengan perniagaan di internet. Tapi, Man adalah seorang yang sungguh berhati-hati dengan mana-mana program buat duit melalui internet, kerana pengalaman rakan beliau yang pernah tertipu dengan Skim Cepat Kaya di internet membuatkannya lebih berhati-hati sebelum melaburkan wang untuk mengikuti setiap program  perniagaan sebegitu.

Akhirnya beliau menemui satu peluang perniagaan melalui internet, iaitu dengan menjual Top Up handphone. Memandangkan beliau duduk di kolej kediaman, jadi ini membuka ruang yang cukup besar buat beliau menjalankan perniagaan tersebut. Pelanggan beliau adalah daripada kalangan rakan-rakan sekuliah dan sekolej.

Modalnya sangat rendah, jadi itu tidak menjadi masalah buat beliau untuk menjalankan perniagaan tersebut. Namun, profit yang beliau peroleh sangat rendah. Untuk Top Up Celcom RM10, komisyen yang diperolehnya adalah sekitar RM0.50 sahaja.

Tapi, disebabkan ramai yang membelinya, dalam seminggu tu, keuntungan yang diperoleh kadangkala mencecah RM100. Bagi Man nilai tersebut sudah cukup berbaloi.

Namun, yang Man mula tawar hati meneruskan perniaagaan tersebut, kerana ada segelintir pelanggan beliau yang tidak membayar wang kepada beliau, kata mereka "Hutang dulu".. jadi atas dasar kawan dan kepercayaan, beliau dengan mudahnya memberi hutang kepada rakan-rakannya.

Malangnya, rakan-rakan yang berhutang tadi seumpama buat-buat lupa dengan hutang tersebut. Walaupun tak ramai yang melakukan perkara sedemikian, tetapi sedikit sebanyak ia mengganggu kelancaran perniagaan beliau. Man pula jenis yang malu menagih hutang, jadi kira halal lah... :)

Memikirkan RISIKO ditipu hidup-hidup oleh rakan sendiri, beliau cuba beralih arah kepada perniagaan internet yang lain dan yang boleh mendatangkan pulangan yang jauh berganda.

Saban hari beliau akan mencari peluang-peluang di internet, sehinggalah bertemu satu laman jualan yang menjual Pakej Video Panduan Membuat Duit melalui Youtube. Beliau tidak terus membeli, kerana harga Video tersebut mencecah RM70, baginya itu merupakan harga yang agak mahal. Biasalah kan, student.. Kena banyak berjimat.. hehe

Beliau tangguhkah dahulu hasrat untuk membeli Pakej Video tutorial tersebut. Bukan kerana takde duit, tapi masih belum percaya akan perniagaan di internet. Masih 50-50 lagi. Nak beli atau pun tak. Lagi pun, ketika itu sudah menghampiri Peperiksaan akhir di universiti tempat beliau belajar.

Tapi entahlah, keinginan beliau untuk mencuba nasib dengan perniagaan internet melalui Youtube semakin membuak-buak. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk terus membeli sahaja panduan tersebut.

Malam itu juga beliau menghabiskan menonton kesemua siri tutorial yang terdapat dalam video yang baru dibeli pada siang hari. Hati Man mula berbunga-bunga. Beliau YAKIN akan mampu menghasilkan pendapatan melalui perniagaan yang dikupas melalui video tutorial tadi.

Esoknya, beliau terus mencuba. Beliau yakin yang esok hari pasti ada INCOME akan diperoleh.

Hari kedua, beliau melihat perkembangan perniagaan yang baru diceburi semalam. Masih tiada hasil. Beliau, tetap tidak berputus asa. Beliau terus menghasilkan pelbagai lagi video dan kemudian menguploadnya ke Youtube, semua step yang diajarkan dalam Pakej Video yang dibelinya tidak ada yang ditinggalkan, semuanya dikuti satu per satu..

Hari ketiga, Masih tiada jualan..

Hari keempat, pun masih tiada jualan..

Hari kelima, juga tiada jualan...

Hinggalah seminggu telah berlalu, jualan masih tidak Berjaya diperoleh. 

Sebulan, dua bulan, 3 bulan... Masih ZERO!

Man mula berfikir, "eh betul ke apa yang aku dah buat selama ni? Kenapa sampai sekarang, masih tidak membuahkan hasil?"

Akhirnya..... Man terus STOP sahaja perniagaan melalui Youtube!

Beliau berhenti, bukan bererti beliau MENGALAH...

Sebenarnya beliau telah memperoleh satu pengalaman yang sungguh berharga dalam hidup beliau. Pengalaman yang tidak pernah beliau peroleh sebelum ini..

GAGAL bukan bererti beliau KALAH. Beliau menerimanya sebagai ketentuan Allah SWT, dan menganggap bahawa "Belum rezeki lagi".. Beliau redha.

Sebulan selepas itu, beliau mencuba dengan perniagaan baru pula, iaitu Google Adsense. Orang kata, mudah dapat income. Hanya perlu buat website, dan dapatkan klik-klik pada iklan pada website tersebut. Hampir ratusan ringgit jugalah beliau laburkan untuk membeli ebook-ebook panduan Adsense. Tapi hasilnya masih ZERO.

Sampai akaun Adsense beliau dibanned oleh Google, beliau tak pernah merasa lagi duit dari Adsense

Man STOP dengan Adsense. Sudah malas dengan karenah Google..

Tapi beliau masih lagi kental, tiada istilah BERPUTUS ASA dalam kamus hidup beliau. Beliau mengganggap bahawa rezeki perniagaan internet belum berpihak kepada beliau pada masa itu.

Akhirnya, sekitar Jun 2009, beliau membuat keputusan untuk membeli satu lagi ebook. Ntah, beliau pun tak tahu bagaimana boleh terjumpa dengan webjualan ebook tersebut, nama ebook tu Rahsia10k. Tajuk ebook pun dah gempak kan..

Man tetap ingin mencuba, kot-kot dapat ILMU baru...

Masa tu, cuti semester  pengajian di universiti. Jadi beliau bebas daripada sebarang assignment . Setelah membeli ebook Rahsia10k, Man masih tidak menemui bagaimana beliau boleh menjana pendapatan melalui internet.

Sehinggalah beliau memutuskan untuk menghubungi pemilik ebook Rahsia10k. Terketar-ketar juga nak menghubungi beliau. Hasil daripada perbincangan ringkas bersama pemilik produk tersebut, Man mula melihat ke mana hala tuju perniagaan beliau kelak.

Ya, beliau akan menghasilkan ebook untuk dijual.

Dipendekkan cerita, Man Berjaya menghasilkan satu ebook sendiri.

Hari pertama, dapat satu jualan. RM50! Punyalah tak terkata kegembiraan beliau masa tu...

Hari kedua, lepas Isyak, seingat beliau... Dapat satu lagi jualan..

Hari ketiga, juga begitu. Dapat jualan.

Sehinggalah seminggu, hampir setiap hari beliau memperoleh jualan melalui ebook beliau yang berharga RM50.

Bayangkan betapa gembiranya beliau memperoleh jualan hasil titik peluh beliau sendiri. Segala KEGAGALAN beliau sebelum ini seperti terubat dengan hasil yang beliau peroleh kini.

Daripada penjualan ebook pertama itu, Man telah Berjaya menjana pendapatan lebih RM3,000 dalam masa sebulan. Ia hampir menyamai gaji seorang pekerja kerajaan

Man bersyukur, kerana setelah melalui kegagalan sebelum ini, akhirnya Allah membuka ruang untuknya memperoleh pendapatan melalui internet.

Yang terbaru, setelah Man Berjaya dengan perniagaan ebooknya, beliau beralih kepada pemasaran Affiliate pula. Selama ini, beliau hanya melihat sahaja orang lain menjual produk affiliate di internet. Namun tidak pernah dicubanya.

Beliau sebenarnya telah menyimpan ILMU affiliate yang diperolehnya secara tidak langsung selama ini. Beliau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru. Manatau Rezeki kan, itu azamnya..

Satu persatu, 'senjata' beliau dikeluarkan.. Dalam masa yang singkat sahaja, beliau berjaya menggemparkan dunia pemasaran Affiliate tempatan. Nama beliau mula dikenali, dan dianggap sebaris dengan nama-nama besar Pakar Affiliate tempatan. Ramai mula bertanya, dari mana datangnya 'AURA' itu...

Nama beliau mula dijulang sebagai antara Top Affiliate dalam mana-mana cabaran affiliate yang diadakan. Beliau juga pernah dijemput untuk berkongsikan Tip Rahsia beliau menjana pendapatan sampingan melalui Affiliate di workshop anjuran Pakar usahawan internet.

 

Siapakah Man yang sebenarnya?

Tahukah tuan-tuan berapakah pendapatan Man hari ini?

 

Hari ini Man berbesar hati ingin mengajar anda formula pantas dan cara mudah membina Perniagaan Online yang berjaya dan menguntungkan.

Dan jana komisen bermula RM 100- RM 300 terus ke akaun bank anda setiap hari!

 

Mahukah anda pelajarinya?

man2_small.png

Yang benar

saya yang menulis tadi